No 126, Blok C,
Kediaman lama Polis,
43400 Sri
Serdang,
Selangor.
23 Oktober 2019,
Kehadapan
adikku yang dirindui, Syifa, semoga sihat sentiasa.
Adikku
yang manja,
Kakak
awak yang cantik ini ingin menceritakan satu cerita. Cerita ini bertajuk
mentadak mentadu yang suka berhibur.

Kisahnya
bermula sebelum musim kemarau. Kerengga, sesumpah dan siput babi sama-sama
mencari bekalan untuk kemarau. Mentadak mentadu pula suka membuang masa bermain
muzik. Dia terserempak dengan kerengga, siput dan sesumpah.
“Kami
sedang kumpul makanan untuk musim kemarau” kata kerengga.
“Hahaha…
buang masa sahaja, musim kemarau lambat lagi” kata mentadak mentadu.
“Kamu
akan menyesal nanti!” balas siput babi.
Itulah
kata-kata yang boleh dikatakan terhadap sikap mentadak mentadu. Siput babi,
kerengga dan sesumpah berlalu pergi. Mereka meneruskan mengumpul makanan.
Pada
musim kemarau, kesemua binatang hidup dengan selasa kerana mempunyai makanan
tetapi mentadak mentadu tidak. Mentadak mentadu kehausan dan kelaparan. Dia
melihat siput babi, kerengga dan sesumpah sedang berhibur. Mentadak mentadu
pergi ke siput babi, kerengga dan sesumpah untuk meraih simpati.
“Aku
kehausan dan kelaparan, bantulah aq” kata mentadak mentadu.
“Bukankah
kamu suka main muzik, panggillah hujan” kata kerengga.
“Musim
kemaraukan lambat lagi, pergilah berhibur” kata siput babi.
Dengan
rasa hiba mentadak mentadu berlalu pergi. Keesokan harinya, dia tidak lagi
mampu bertahan. Mentadak mentadu jatuh pengsan. Sesumpah yang ternampak
mentadak mentadu pengsan terus membantu. Sesumpah membawa mentadak mentadu ke
kawasan mereka menyimpan makanan.
Siput
babi, kerengga dan sesumpah memberikan makanan kepada mentadak mentadu.
Mentadak mentadu berasa sungguh gembira.
Begitulah
cerita Mentadak mentadu yang suka berhibur. Apa yang adik yang nakal nii boleh
ambil pengajaran ialah gunalah masa sebaik yang mungkin dan bantulah orang yang
dalam kesusahan. Bak kata hikmat pensyarah akak “Always be kind to others and
you will feel more ease…”
Nama: Noor Izzati
No matrik: 197684




No comments:
Post a Comment