Wednesday, 20 November 2019

BBN3402Satu2019: minggu 7 rumusan


RUMUSAN BAB TIGA





nama : noor izzati binti samah
no matrik : 197684

Model Penceritaan Nilai Sosial merupakan cerita kanak-kanak. Terdapat lima buah lagu iaitu “Keluarga”, “Diri”, “Saya yang Istimewa”, “Saya Tahu”, dan “Saya Faham”. Kelima-lima lagu tersebut merupakan lagu yang berbentuk puisi dan lirik lagu dan mempunyai jalan cerita yang berlainan. Lagu “Keluarga” bertemakan kekeluargaan, “Diri” dan “Saya yang Istimewa” mempunyai tema kejiranan, lirik lagu “Saya Tahu” pula mempunyai tema kemasyarakatan, dan “Saya Faham” mempunyai tema budi bahasa.
Terdapat beberapa watak dalam lirik lagu. Lagu “Keluarga”mempunyai watak diri, ibu, bapa, abang, kakak, adik dan saudara mara. Lagu ini mengisahkan tentang keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Lagu “Diri” mempunyai watak diri, ibu, bapa, abang, kakak, adik serta kawan-kawan. Lagu “Saya yang Istimewa” watak diri, ibu, bapa, abang, kakak, adik. Lagu “Saya Tahu” pula watak ibu, ayah dan diri dan “Saya Faham” watak diri, ibu, bapa, abang, kakak, adik. Kesemua lagu terdapat dalam satu keluarga.
Lagu “Keluarga” menceritakan diri kanak-kanak yang membantu ibu dari pagi hingga ke petang setiap hari, keluarga yang dicintai dan sayang menyayangi. Lagu “Diri” pula menceritakan diri kanak-kanak yang mempunyai nilai seperti baik hati, jujur, ikhlas, berdikari, jati diri, mulia peribadi dan insan yang berguna. Setiap nilai tersebut terdapat dalam diri kanak-kanak tersebut. Lagu “Saya Tahu” pula menceritakan keluhan dan luahan hati diri kanak-kanak tentang dirinya yang serba kekurangan sehingga mengeluarkan air mata. Lagu yang terakhir iaitu “Saya Faham” mempunyai kandunagn bahasa ucapan. Lagu ini mengajar kanak-kanak untuk lebih sopan dan mengucapkan kata-kata seperti selamat pagi, selamat petang, terima kasih dan sebagainya.
Seterusnya, cerita sosial pula merujuk kepada model penceritaan nilai sosial melalui cerita kanak-kanak. Terdapt lima cerita sosial iaitu yang berjudul “Keluarga Saya”, “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Hati” dan “Jiran”. Cerita yang berjudul “Keluarga Saya”, “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, bertemakan kekeluargaan, “Hati” bertemakan kemasyarakatan dan “Jiran” bertemakan kejiranan.
Watak-watak yang terdapat dalam setiap cerita terdiri daripada ahli keluarga seperti watak ibi, bapa, abang Imran, kak Madinah, Alim, Aisyah serta nenek dan datuk di kampung. Watak jiran terdiri daripada watak Mak Cik Timah serta anaknya Sulaiman dan di sekolah terdapat watak Cikgu Anis dan rakan-rakan Alim.
Cerita sosial yang berjudul “Nenek dan Datuk” mengandungi sembilan nilai sosial iaitu kasih sayang, ambil berat, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati, kekeluargaan dan sabar. Kesemua nilai sosial ini digambarkan melalui watak Alim sekeluarga. Manakala, cerita sosial “Saya yang Istimewa” mengansungi lima nilai sosial yang banyak berkisar tentang diri Alim, adik beradik serta jirannya, Sulaiman. Selain itu, cerita sosial berjudul “Keluarga Saya” mengandungi sembilan nilai sosial iaitu baik hati, tolong menolong, ikhlas, ambil berat, rajin, usaha, tanggungjawab dan rasional. Kesemua nilai sosial ini bertumpukan kepada watak Alim sekeluarga. Nilai ini dapat memberikan panduan kepada Alim untuk memahami setiap nilai tersebut. Cerita sosial seterusnya ialah “Hati” mempunyai sembilan nilai sosial iaitu baik hati, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat menghormati dalam keadaan gembira. Akhir sekali cerita sosial “Jiran” mengandungi sembilan nilai sosial iaitu baik hati, tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambi berat, iklas, jujur, yakin, iaitu Mak Cik Timah dan anaknya, Sulaiman. (497 patah perkataan)




BBN3402Satu2019: minggu 7 surat


                                                                                       No 126, Blok C,
                                                                                       Kediaman lama Polis,  
                                                                                       43400 Sri Serdang,
                                                                  Selangor.
                                                                                 
                                                                                   23 Oktober 2019,
Kehadapan adikku yang dirindui, Syifa, semoga sihat sentiasa.
Adikku yang manja,
Kakak awak yang cantik ini ingin menceritakan satu cerita. Cerita ini bertajuk mentadak mentadu yang suka berhibur. 


Kisahnya bermula sebelum musim kemarau. Kerengga, sesumpah dan siput babi sama-sama mencari bekalan untuk kemarau. Mentadak mentadu pula suka membuang masa bermain muzik. Dia terserempak dengan kerengga, siput dan sesumpah.
“Kamu semua sedang buat apa?” tanya mentadak mentadu. 
“Kami sedang kumpul makanan untuk musim kemarau” kata kerengga. 
“Hahaha… buang masa sahaja, musim kemarau lambat lagi” kata mentadak mentadu. 
“Kamu akan menyesal nanti!” balas siput babi.
“Be sensible in making decisions. You will not regret it later!”
Itulah kata-kata yang boleh dikatakan terhadap sikap mentadak mentadu. Siput babi, kerengga dan sesumpah berlalu pergi. Mereka meneruskan mengumpul makanan.


Pada musim kemarau, kesemua binatang hidup dengan selasa kerana mempunyai makanan tetapi mentadak mentadu tidak. Mentadak mentadu kehausan dan kelaparan. Dia melihat siput babi, kerengga dan sesumpah sedang berhibur. Mentadak mentadu pergi ke siput babi, kerengga dan sesumpah untuk meraih simpati.
“Aku kehausan dan kelaparan, bantulah aq” kata mentadak mentadu. 
“Bukankah kamu suka main muzik, panggillah hujan” kata kerengga. 
“Musim kemaraukan lambat lagi, pergilah berhibur” kata siput babi. 
Dengan rasa hiba mentadak mentadu berlalu pergi. Keesokan harinya, dia tidak lagi mampu bertahan. Mentadak mentadu jatuh pengsan. Sesumpah yang ternampak mentadak mentadu pengsan terus membantu. Sesumpah membawa mentadak mentadu ke kawasan mereka menyimpan makanan.
Siput babi, kerengga dan sesumpah memberikan makanan kepada mentadak mentadu. Mentadak mentadu berasa sungguh gembira.
Begitulah cerita Mentadak mentadu yang suka berhibur. Apa yang adik yang nakal nii boleh ambil pengajaran ialah gunalah masa sebaik yang mungkin dan bantulah orang yang dalam kesusahan. Bak kata hikmat pensyarah akak “Always be kind to others and you will feel more ease…”

      
Kakak yang cantik,



Nama: Noor Izzati
No matrik: 197684