RUMUSAN BAB
TIGA
nama
: noor izzati binti samah
no
matrik : 197684
Model Penceritaan Nilai Sosial merupakan cerita kanak-kanak.
Terdapat lima buah lagu iaitu “Keluarga”, “Diri”, “Saya yang Istimewa”, “Saya Tahu”, dan “Saya Faham”. Kelima-lima lagu tersebut merupakan lagu yang berbentuk
puisi dan lirik lagu dan mempunyai jalan cerita yang berlainan. Lagu “Keluarga” bertemakan kekeluargaan, “Diri” dan “Saya yang Istimewa”
mempunyai tema kejiranan, lirik lagu “Saya
Tahu” pula mempunyai tema kemasyarakatan, dan “Saya Faham” mempunyai tema budi bahasa.
Terdapat beberapa watak dalam lirik lagu. Lagu “Keluarga”mempunyai watak diri, ibu,
bapa, abang, kakak, adik dan saudara mara. Lagu ini mengisahkan tentang
keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Lagu “Diri” mempunyai watak diri, ibu,
bapa, abang, kakak, adik serta kawan-kawan. Lagu “Saya
yang Istimewa” watak diri, ibu, bapa, abang, kakak, adik. Lagu “Saya Tahu” pula watak ibu, ayah dan
diri dan “Saya Faham” watak diri, ibu, bapa,
abang, kakak, adik. Kesemua lagu terdapat dalam satu keluarga.
Lagu “Keluarga” menceritakan diri kanak-kanak yang membantu ibu dari pagi
hingga ke petang setiap hari, keluarga yang dicintai dan sayang menyayangi.
Lagu “Diri” pula menceritakan diri
kanak-kanak yang mempunyai nilai seperti baik hati, jujur, ikhlas, berdikari,
jati diri, mulia peribadi dan insan yang berguna. Setiap nilai tersebut
terdapat dalam diri kanak-kanak tersebut. Lagu “Saya
Tahu” pula menceritakan keluhan dan luahan hati diri kanak-kanak
tentang dirinya yang serba kekurangan sehingga mengeluarkan air mata. Lagu yang
terakhir iaitu “Saya Faham” mempunyai kandunagn bahasa ucapan. Lagu ini mengajar
kanak-kanak untuk lebih sopan dan mengucapkan kata-kata seperti selamat pagi,
selamat petang, terima kasih dan sebagainya.
Seterusnya, cerita sosial pula merujuk kepada model
penceritaan nilai sosial melalui cerita kanak-kanak. Terdapt lima cerita sosial
iaitu yang berjudul “Keluarga Saya”, “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Hati” dan “Jiran”. Cerita yang berjudul “Keluarga
Saya”, “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, bertemakan kekeluargaan, “Hati” bertemakan kemasyarakatan dan “Jiran” bertemakan kejiranan.
Watak-watak yang terdapat dalam setiap cerita terdiri daripada
ahli keluarga seperti watak ibi, bapa, abang Imran, kak Madinah, Alim, Aisyah
serta nenek dan datuk di kampung. Watak jiran terdiri daripada watak Mak Cik
Timah serta anaknya Sulaiman dan di sekolah terdapat watak Cikgu Anis dan
rakan-rakan Alim.
Cerita sosial yang berjudul “Nenek
dan Datuk” mengandungi sembilan nilai sosial iaitu kasih sayang, ambil
berat, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati, kekeluargaan dan
sabar. Kesemua nilai sosial ini digambarkan melalui watak Alim sekeluarga.
Manakala, cerita sosial “Saya yang Istimewa” mengansungi lima nilai sosial yang banyak berkisar tentang
diri Alim, adik beradik serta jirannya, Sulaiman. Selain itu, cerita sosial
berjudul “Keluarga Saya” mengandungi sembilan nilai
sosial iaitu baik hati, tolong menolong, ikhlas, ambil berat, rajin, usaha,
tanggungjawab dan rasional. Kesemua nilai sosial ini bertumpukan kepada watak
Alim sekeluarga. Nilai ini dapat memberikan panduan kepada Alim untuk memahami
setiap nilai tersebut. Cerita sosial seterusnya ialah “Hati” mempunyai sembilan nilai
sosial iaitu baik hati, kasih sayang, ambil berat, ikhlas, jujur, berkongsi,
berterima kasih, hormat menghormati dalam keadaan gembira. Akhir sekali cerita
sosial “Jiran” mengandungi sembilan nilai
sosial iaitu baik hati, tanggungjawab, kasih sayang, rasional, ambi berat,
iklas, jujur, yakin, iaitu Mak Cik Timah dan anaknya, Sulaiman. (497 patah perkataan)

No comments:
Post a Comment